Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, 8 June 2012

YANG TERLINDUNG (i)


KITA akan eksploitasi penguasa zalim dalam kalangan mereka untuk menguasai mereka.
            Pada satu situasi terdapat golongan penguasa yang zalim, korup, tidak amanah, hidup bermewah-mewahan dan hipokrit. Keadaan ini akan menaikkan kemarahan rakyat kebanyakan sehingga menimbulkan penentangan dan pemberontakan yang makin bernyala-nyala setiap hari. Segala kemungkaran dan kejahatan penguasa ini bagaikan tidak ada hujah lain, selain menjatuhkannya secara aman atau revolusi. Apabila rakyat menyaksikan keangkuhan dan kemungkaran penguasa, mereka akan menyakini usaha-usaha orang-orang yang menentang mereka adalah benar dan hak.
            Adakah golongan yang menentang kezaliman ini di pihak yang bathil? Pada mata kasar, hanya orang gila yang akan menyatakan perjuangan ini bathil.
            Dan pada satu sudut lain, akan ada watak penentang yang terdiri daripada pelbagai kelompok, yang akan berpakat menentang penguasa ini. Antaranya, politikus yang desperado, golongan muda yang pendek akal, pejuang-pejuang hak asasi manusia, pejuang kaum minoriti, golongan ulama, pemikir, ekonomis, aktivis masyarakat, kaum pelajar yang mentah, dan sebagainya yang akan mempergunakan keadaan penguasa yang zalim ini untuk merebut kekuasaan dengan mengatasnamakan perjuangan untuk rakyat. Golongan penentang ini akan sepakat bercakap perkara yang sama, iaitu kezaliman penguasa, tetapi dengan maksud perjuangan yang berbeza.
            Pada satu situasi lain, orang bijak pandai dalam kalangan mereka akan buta pada keadaan sebenar. Mereka akan mengikut arus semasa, menjadi penentang penguasa zalim tadi. Jika tidak, reputasi dan gelaran mereka akan tercemar.
            Penguasa yang zalim ini akan menjadi fitnah besar dalam kalangan mereka sehingga mereka semua tidak akan meletakkan keadilan di tempat yang sebenar.
            Ya, mereka menghadapi kezaliman dan penindasan, maka adalah tidak logik jika dikatakan perjuangan mereka bathil. Dan, yang menguatkan lagi mereka, akan ada ulama-ulama bodoh yang menjadi hujah kepada rakyat kebanyakan untuk menentang penguasa zalim tadi. Apabila masyarakat awam itu jahil, mereka akan melihat kepada kopiah atau serban untuk menilai kebenaran, apatah lagi jika ulama-ulama tadi hidup lebih zuhud dan menggunakan ayat-ayat suci. Dan ulama-ulama yang mempertahankan penguasa sudah tentu akan dianggap ulama dunia, ulama jahat.
            Dan kedua-dua pihak yang berlawan ini akan kita eksploitasi. Mereka semua akan terpaksa meminta bantuan kita, sama ada dana kewangan, moral, maklumat atau sokongan propaganda. Kerana dunia ini sudah menuju kepada globalisasi, semua akan berkait, mereka tidak akan dapat menyisihkan kita dalam urusan negara mereka.
            Di antara dua golongan ini akan wujud tokoh-tokoh yang akan dianggap masyarakat sebagai golongan yang benar, iaitu ulama atau sesiapa saja yang akan berkata benar kepada golongan penguasa atau kepada golongan penentang dengan memetik hujah quran dan hadith bagi golongan agama, memetik hujah ekonomi bagi golongan ekonomis dan sebagainya.
            Janganlah kita risaukan mereka. Mereka akan menjadikan api perbalahan kedua-dua pihak ini akan lebih marak. Mereka berkata benar, tetapi di tempat yang salah. Mereka memiliki ilmu, tetapi mereka bodoh.
            Dalam zaman komunikasi dan maklumat yang cepat tersebar ini, penguasa zalim ini akan tertekan. Apabila internet sudah memasuki sesebuah negara, akan terbukalah kebebasan individu dalam bersuara. Ingatkah kita kepada Gog Magog yang saban hari menebuk tembok Iskandar Zulkarnain? Seperti itulah internet bekerja untuk kita, membukakan tembok-tembok yang menghalang kebebasan. Apabila kebebasan dibukakan, akan pecah-belahlah mereka. Mereka akan hancur dalam kebebasan itu.
            Kita akan naikkan harga  barang-barangan keperluan yang sebenarnya kita kuasai di pasaran dunia. Misalnya harga petroleum, sehingga penguasa tadi akan terpaksa menaikkan harga petroleum di negara mereka. Golongan penentang akan mengapi-ngapikan kemarahan rakyat, contohnya dengan membandingkan harta kekayaan golongan penguasa tadi yang boleh digunakan membiayai subsidi petroleum untuk rakyat.
            Dan penguasa tadi tentulah tidak akan mengeluarkan kekayaan mereka untuk rakyat. Dalam keadaan ini kita akan memerah penguasa tadi supaya menuruti kehendak-kehendak kita dalam dasar-dasar negara mereka.
            Penguasa akan semakin zalim apabila semakin kuat penentangan ke atas mereka, sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan diri mereka. Kitaran ini akan semakin ganas dan tidak terkawal. Apabila penguasa menjadi semakin kejam, penentang penguasa akan menarik perhatian rakyat kepada hal itu, dan untuk mengatasi hal ini, penguasa akan lebih tegas dan kejam, misalnya menangkap atau menghukum penentang-penentang ini dengan tuduhan yang jahat.
            Dalam kalangan penentang, kita akan susupkan orang-orang kita yang terdiri daripada orang-orang mereka sendiri seperti aktivis-aktivis masyarakat yang akan memperjuangkan agenda kita untuk menghancurkan mereka seperti kebebasan bersuara, hak asasi manusia, perjuangan homoseks, malah perjuangan yang bertentangan dengan agama masyarakat mereka dan sebagainya.
            Dan ulama-ulama dalam golongan penentang akan terkelu lidah menutur hujah-hujah untuk membenarkan pakatan penentangan mereka. Tetapi kerana memerlukan sokongan orang ramai, mereka akan menutup mata tentang hal ini, dan berkhayal jika nanti mereka berkuasa, mereka akan menghapuskan usaha-usaha kemungkaran ini. Dan ulama-ulama penentang ini benar-benar bermaksud baik dan berhati murni. Mereka bukanlah mempergunakan rakyat untuk mengaut keuntungan duniawi. Mereka yakin mereka di pihak yang benar. Suara-suara mereka membacakan ayat-ayat suci untuk membenarkan perjuangan mereka. Hakikatnya mereka tidak ubah seperti keldai yang membawa kitab-kitab.
            Ingatkah kita kepada Ibnu Muljam pada zaman Syaidina Ali kw dahulu?
            Melalui badan-badan bebas yang kita kuasai, kita akan berikan anugerah dan penghargaan kepada golongan-golongan penentang ini dalam pelbagai bidang seperti sastera, ekonomi, kemanusiaan, hak asasi manusia untuk menaikkan nama mereka dan akan menjadikan rakyat bodoh mereka mempercayai dan mengiktiraf kebijaksanaan dan kehebatan mereka.
            Dan apabila ada ulama dalam kalangan mereka menyeru kepada perpaduan, kita jangan risau, perpaduan itu tidak akan tercapai. Tidak mungkin mereka akan bersatu-padu dalam kemungkaran.
            Sama ada penguasa itu kekal atau penentang yang mengambil alih kuasa, kita yang akan mengaut keuntungan setelah runtuhnya perpaduan mereka.
            Begitulah kita akan hancurkan mereka sehingga tegaknya kerajaan agung yang kita impikan sejak dahulu.

CATATAN; Idea dan pendapat yang sama dan berulangkali dituliskan, tetapi dari sudut pandangan yang berbeza agar lebih difahami.

Tuesday, 5 June 2012

SYRIA @SYAM


KONFLIK di Syria adalah antara fitnah akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw.
            Syam suatu masa dahulu adalah sebuah negara atau jajahan yang luas. Sekarang Syam telah terpecah kepada empat buah negara moden, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria. Sekarang Syria diperintah oleh regim zalim Bashar al-Assad. Negara itu sedang bergolak. Presidennya, Bashar al-Assad sedang menghadapi pemberontakan rakyatnya sendiri.
            Dan Syria juga termasuk dalam pelan asal negara Israel Raya yang dijanjikan tuhan Yahweh dalam kitab Taurat versi Yahudi.
            Melalui media elektronik antarabangsa, dunia telah diperlihatkan dengan berita-berita kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya sendiri. Adakah kita harus menerimanya tanpa menyelidik berita-berita dari media kuffar ini? Malah dikatakan Bashar al-Assad telah meminta disembah sebagai tuhan oleh pengikutnya, dan tidak mahukah kita berfikir seketika, bertanya sejenak, apakah maksud semua kebaikan-kebaikan media kuffar dalam melaporkan hal ini. Adakah semua ini hanya untuk menaikkan kemarahan umat Islam sedunia dan menghalalkan operasi ketenteraan ke atas Syria? Kita tidak boleh berhenti menyelidik setakat sampai kepada kesimpulan sama ada ia benar atau tidak. Tetapi, sehingga kepada tujuan ia disebarkan. Ya, adakah media-media kuffar telah memaparkan kebenaran dengan tujuan bathil?
             Umat Islam telah diperlihatkan berita-berita dan gambar kekejaman regim Bashar al-Assad. Melalui rangkaian-rangkaian sosial, sebaran dan propaganda tersembunyi mereka lebih luas dan lebih cepat bergerak ke seluruh dunia. Bashar al-Assad telah dikutuk melebihi kita mengutuk kekejaman perdana menteri negara haram Israel yang membunuh rakyat Palestin sejak bertahun-tahun dahulu.
            Sebenarnya (seolah-olah) ada tangan-tangan ghaib yang mengatur semua ini. Tangan-tangan ghaib yang mahu menghancurkan pemerintahan orde lama untuk digantikan pemerintahan orde baru yang boleh dikawal dari Bukit Zion.
            Selepas pemerintah Iraq ditumbangkan melalui operasi ketenteraan atas tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD), Afghanistan dibom atas alasan melindungi Osama Ben Laden yang disyaki terlibat dalam pengeboman WTC, kemudian kepada siri revolusi rakyat di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya atas hujah menentang pemerintah zalim, maka kini misi mereka seterusnya adalah menuju Syria, sebuah negara berfahaman Syiah yang sedia dimusuhi negara-negara Sunni.
            Ulama dan pemimpin-pemimpin negara Islam dunia tanpa sedar telah ditipu dan tertipu dalam konflik Syria ini. Mereka telah diperalatkan untuk menghalalkan tindakan menyerang Syria atas dasar jihad agama di mata awam, walaupun tujuan sebenar perang itu dilancarkan adalah penguasaan kuasa asing ke atas Syria, seterusnya ke atas dunia ini, melengkapi cita-cita New World Order (Novus Ordo Seclorum). Bahkan ulama dan cendikiawan Islam telah dihantar ke seluruh dunia untuk menerangkan rasionalnya Syria diserang.
            Konflik di Syria bukanlah isu agama sebenarnya, walaupun yang diperlihatkan media-media kuffar adalah kekejaman Syiah kepada Sunni, pembunuhan Syiah ke atas Sunni, kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya. Tangan-tangan ghaib itu mengatur konflik ini supaya tangan mereka bersih dan tujuan sebenar mereka tidak diketahui. Benar, Bashar al-Assad itu zalim dan membunuh ulama, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Mengakui Bashar al-Assad zalim dan kuffar, tidaklah menghalalkan negara-negara Islam lain menyerang dan menjatuhkannya secara ketenteraan, kerana mudarat yang lebih besar akan berlaku. Konflik Syria sebenarnya adalah salah satu fitnah. Ramai yang akan tertipu dalam konflik ini, termasuk ulama-ulama dunia yang menyokong serangan ke atas Syria.
            Kuasa-kuasa asing yang tersembunyi dan rahsia ini menggunakan konsep berperang dengan menggunakan askar-askar musuh sendiri.
            Ke manakah menujunya konflik ini? Tidak mustahil selepas ini kuasa-kuasa besar yang tersembunyi tadi melalui NATO akan menyerang Syria tanpa menimbulkan kemarahan dan tentangan dunia amnya, dan umat Islam khasnya. Kemudian mereka akan menabalkan pemerintah boneka seperti di Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya. Malah negara-negara Islam lain juga, misalnya Arab Saudi yang sedang bersiap-siaga, turut akan menyertai NATO menyerang Syria sehingga dunia akan terjebak ke dalam malapetaka fitnah yang besar, seperti tertipu menjadi bala tentera Dajjal.
            Konflik ini mungkin akan melebar dan membesar menjadi seperti khayalan perang Armageddon yang direncanakan. China, Russia dan Iran mungkin akan menyebelahi Syria. Dan umat Islam belahan Sunni mungkin akan menyertai Amerika dan pakatannya yang sebenarnya di bawah telunjuk Yahudi Zionis. Ini mungkin perang Armageddon yang akan dimenangi tentera Romawi yang disertai tentera negara-negara Islam-Sunni yang tidak berjanggut.
            Umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia akan tertipu dengan fitnah ini. Media-media kuffar telah menyebarkan cerita Bashar al-Assad itu zalim dan kuffar yang telah membunuh rakyatnya, dengan maksud agar umat Islam sedunia berasa marah dan bersetuju Bashar al-Assad mesti ditumbangkan. Kepada negara-negara Islam Sunni, mereka mempergunakan sentimen Syiah Bashar al-Assad untuk merasionalkan serangan ke atas Syria.
            Hakikatnya, seperti biasa, kuasa-kuasa asing ini telah mengeksploitasi kezaliman penguasa sesebuah negara untuk mencapai maksud sebenar mereka, iaitu menguasai negara itu. Dan orang awam akan terpedaya apabila melihat kezaliman ini, dan akan menyokong jika penguasa itu dijatuhkan. Walhal semua ini adalah jalan-jalan menuju kepada New World Order. Kuasa-kuasa asing ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan tunggal yang baru di dunia ini.

Saturday, 12 May 2012

NOVUSORDOSECLORUMUROLCESODROSUVON


SAYA  berkhayal-khayal.
Ini hanyalah cerita imaginasi.
 Saya ingin menceritakan sesuatu yang susah untuk saya sampaikan dalam bentuk fakta, dan susah juga untuk difahami jika ia ditulis secara ilmiah. Saya bermula dengan mengapakah kuasa-kuasa besar dunia mempromosi dan meneguhkan sistem demokrasi ke seluruh dunia suatu masa dulu dan sampai ke kemuncaknya kini?
            Pelbagai badan, yayasan dan pertubuhan bebas dan kaya-raya yang ditadbir sekelompok manusia didakwa begitu aktif menyalurkan dana yang besar untuk merealisasikan sistem demokrasi total di seluruh dunia. Suatu masyarakat terbuka yang mengagungkan hak asasi manusia. Contohnya The Open Society Foundations kelolaan George Soros yang bergerak di lebih 70 negara. Mengapakah?
            Mereka adalah suatu golongan yang licik.
            Mereka telah menguasai ekonomi, sosial, militari, teknologi, budaya, ilmu dan sebagainya. Mereka adalah bangsa yang pernah menikmati manna dan salwa, yang terselamat daripada kekejaman Firaun. Tanpa saya perlu huraikan contohnya lagi, mereka adalah bangsa genius yang ada di mana-mana lapangan.
            Seluruh rahsia dan perkembangan dunia ini di tangan mereka.
            Jika dikaji, merekalah tangan-tangan ghaib di sebalik peristiwa dan kejadian-kejadian besar dunia. Seolah-olah mereka adalah perancang semua peristiwa dunia. Mereka telah mengkaji dan merancang apa akhirnya yang bakal terjadi kepada dunia ini.
            Kuasa pemerintahan yang berasal dari sistem beraja telah dikembalikan kepada rakyat melalui sistem demokrasi atas alasan raja adalah zalim. Dan sistem demokrasi ini juga tidak akan kekal lama, akan beralih kembali kepada sistem beraja, iaitu raja satu dunia berdarah Zionis yang memerintah dari Jerusalem.
            Kita menilai sejarah dan perkembangan dunia melalui perspektif yang ditulis dan ditentukan oleh mereka. Bagaimana kita memandang reinansance itu sebagai zaman pencerahan selepas zaman raja-raja zalim. Apakah sebenarnya? Semua perlakuan ini hanyalah untuk mengaburi kepentingan kuasa-kuasa belakang tabir yang merancang untuk menguasai dunia sehingga sampai masanya nanti. Bahkan dua blok bertentangan, komunis dan kapitalis, suatu masa dulu adalah gagasan yang diciptakan mereka.
            Saya melihat penjajahan fizikal ke atas Malaysia suatu masa dulu hanyalah untuk menanam benih demokrasi, mengambil alih kuasa daripada sultan dan raja-raja Melayu, dan meninggalkannya kepada pemimpin boneka yang telah direkrut untuk menjaga kepentingan mereka di sini. Mereka sudah mengkaji dan mengetahui bagaimana suatu masa nanti hal ini akan memberi keuntungan kepada mereka.
            Dan dalam masa menunggu demokrasi tumbuh dan masak buahnya, mereka telah mengeluarkan pelbagai produk nyata atau tidak nyata seperti budaya hidup seperti hiburan, makanan, pakaian, komunikasi, sistem ekonomi, kenderaan atau peralatan hidup yang berlandaskan nafsu supaya umat manusia leka dan melupakan ajaran-ajaran agama dan terbuai dalam dunia hedonisme.
            Dalam hal agama, melalui ulama-ulama yang disesatkan mereka, mereka telah mewujudkan ruang-ruang perdebatan yang membuat umat Islam saling berselisih dan menghabiskan masa untuk perdebatan yang tak mungkin selesai.
            Seperti sudah mengetahui, boneka-boneka yang diletakkan itu mudah menjadi lupa diri dan terlibat dengan korupsi, bermewah-mewahan dan tidak mengamalkan agama sepenuhnya. Dan di pihak lain, muncul sekelompok manusia yang menentang penguasa yang korup ini atas nama keadilan ataupun agama. Mereka bertempur dalam demokrasi. Penentang akan menghasut rakyat dengan sejumlah cerita kemewahan dan salahguna kuasa golongan pemerintah.
            Dalam keadaan penentangan yang kuat dengan dibantu dana dan sokongan lain mereka, penguasa akan tergugat dan terpaksa menagih sokongan luar. Penguasa akan berbuat apa saja untuk mengelak dari dikalahkan. Sama ada kerajaan tunduk kepada permintaan mereka ataupun pembangkang menjatuhkan mereka secara revolusi setelah demokrasi tidak berjaya. Kerajaan akan tunduk kepada mereka dan mungkin akan menggadai negara ini untuk mengelak dari dijatuhkan, manakala pembangkang mungkin ditaja dan apabila berkuasa nanti, mereka akan terpaksa membayar balik segala pertolongan. Dalam kedua-dua situasi ini, keuntungan adalah berpihak kepada tangan-tangan belakang tabir ini.
Hal ini saya fikir telah berlaku di Timur Tengah. Rakyat telah menjadi buta hati kerana telah lama leka dengan budaya yang dibawa mereka. Rakyat telah rosak akhlaknya sebagaimana yang dikatakan oleh Lenin, “pemberontak yang terbaik adalah anak-anak muda yang rosak akhlaknya.” Rakyat telah bangkit apabila melihat kezaliman, kemewahan dan keangkuhan penguasa, sehingga mereka lupa bahawa mereka telah dijadikan alat atau bala tentera untuk menjatuhkan pemerintahan orang mereka sendiri, dan menyediakan haluan ke arah satu pemerintahan kuku besi sedunia (Dajjal?).
            Buku dan filem-filem juga telah mewujudkan imej pemberontak sebagai wira rakyat untuk menawan minda golongan muda yang jahil dan tidak berakhlak agar melawan kerajaan atas laungan menentang kezaliman pemerintah.
            Dalam zaman elektronik ini rahsia sesebuah kerajaan di tangan mereka. Mereka akan mendedahkan kepada penentang kerajaan untuk disebarkan kepada umum demi meningkatkan kemarahan rakyat sehingga kebencian rakyat melampaui paras normal dan tidak dapat berfikir rasional lagi.
            Demokrasi adalah satu bom jangka yang akan meletup bila sampai masanya. Ia bertindakbalas secara automatik.
            Bagaimanakah saya ingin terangkan hakikat ini kepada anda?
            Demokrasi adalah satu sistem yang dianjurkan Yahudi untuk memusnahkan secara automatik pihak goyim (bukan Yahudi). Di satu pihak, ada penguasa yang zalim; dan di satu pihak lagi, terdapat satu golongan penentang yang mendakwa puak mereka adalah benar, tetapi apa yang sebenarnya terhasil dari pertembungan ini adalah kehancuran mereka semua, dan hanya menyediakan laluan dunia ke arah satu pemerintahan baru yang diterajui Yahudi. Mereka yang menentang penguasa yang zalim ini sebenarnya terperangkap dalam fitnah bahawa mereka ini adalah golongan yang benar. Ya, bagi masyarakat awam memang sukar untuk menyatakan golongan pemberontak ini salah kerana mereka ini menentang golongan yang zalim. Bahkan, mereka telah dianggap golongan yang benar. Tetapi hakikatnya apa yang dilakukan golongan penentang ini melalui sistem demokrasi ataupun revolusi hanya akan mempercepatkan lagi agenda Zionis untuk memerintah semua goyim.
            Itulah fitnah atau kekeliruan yang susah untuk umat manusia selamat darinya.
            Fikirkan juga kata-kata bekas perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohammad yang lebih kurang maksudnya begini, “kita sebenarnya dipaksa menerima pakai sistem demokrasi.” Kepada yang mahu berfikir, tentu mereka akan memahaminya.
            Tetapi, sekalipun anda telah menganggap imaginasi ini cerita benar, anda tidak akan dapat berbuat apa-apa lagi. Anda akan melupainya dan akan kembali bertelagah sesama sendiri, dan semua ini akan mempercepatkan lagi proses naiknya satu raja satu dunia tersebut. Saya bukan bersetuju dengan pemerintahan yang zalim, tetapi inilah hakikatnya yang sedang kita alami. Sesuatu yang susah untuk diterang dan diselesaikan. Wallahualam.

Thursday, 10 May 2012

KEPADA ULAMA-ULAMA DEMOKRASI


DEMOKRASI telah melahirkan parti-parti politik yang haluannya ke arah mencapai kekuasaan dalam menegakkan sesuatu. Matlamatnya adalah kuasa. Dan, kata ulama-ulama politik, kuasa itu adalah untuk menegakkan agama. Maka, seolah-olah agama itu hanya tegak dengan kekuasaan, seolah-olah agama itu lemah tanpa kuasa.
            Saya terfikir alangkah sucinya jiwa rakyat Malaysia tatkala media massa, misalnya, menyiarkan gambar-gambar perlakuan lucah yang kononnya melibatkan seorang tokoh politik, mereka sepakat mencemuh dan menyindir di laman-laman sosial.
            Benar, sama seperti pelakunya, menyiarkan perlakuan itu juga adalah tidak bermoral.
            Kemudian saya terfikir lagi, bagaimana dengan gambar-gambar perempuan seksi dalam media tersebut, yang tersembul buah dadanya, yang membeliakkan mata-mata lelaki? Bagaimana dengan siaran sistem televisyen berbayar yang juga menyiarkan kemungkaran-kemungkaran? Bagaimana dengan internet yang mudah dicapai bahan lucahnya? Adakah ini halal? Kenapa ini tidak dibantah? Ya, ini akan mengurangkan undi. Inilah politik mereka.
            Maaf, saya bukan ingin mengelak dari bercakap tentang kesalahan saya dengan menyatakan orang lain juga melakukan kesalahan yang sama. Tidak. Yang salah, tetaplah salah. Tahi adalah tahi walau disembur perfume paling mahal dari Paris sekalipun.
            Maka, kerana ia adalah isu politik, bergemuruhlah suara ulama-ulama politik menentangnya. Dan dalam keadaan lain, kemungkaran-kemungkaran yang lain didiamkan.
Politik. Saya rasa kita lebih mentaati rukun-rukun politik daripada mentaati suruhan-suruhan agama. Jika sesuatu itu memberi laba politik, itulah haluan kita. Kerana, bagi kita, kekuasaan adalah segala-galanya.
            Kita sudah hilang pangkal dan hujungnya.
            Bahkan politik, tanpa kita sedari, telah menjadi seperti suatu agama baru. Lihatlah bagaimana orang yang seagama boleh bergaduh kerana politik, dan orang yang berbeza agama dan saling memusuhi boleh berpakat kerana politik. Politik mengatasi segalanya. Mereka berkumpul di bawah bendera assabiyyah parti. Mereka saling tolong-menolong dalam perkara baik dan jahat asalkan di bawah bendera yang sama.
            Lihatlah bagaimana isu-isu yang melibatkan moral didiamkan hanya kerana ia boleh mengurangkan undi. Bagaimana kita melihat ulama-ulama politik mendekati golongan tak bermoral untuk meraih undi, bukannya menasihati atau memperbetulkan mereka. Bagaimana ulama-ulama politik yang dahulunya tegas menjadi liberal hanya kerana undi golongan sekular. Bagaimana ulama-ulama politik boleh bersekongkol dengan musuh-musuh nyata Islam hanya kerana undi, bukannya untuk menyampaikan agama. Dan mereka mengelabui pemikiran masyarakat awam yang jahil dengan hujah-hujah yang bathil untuk menghalalkan tindakan mereka.
            Tugas mereka berdakwah, tetapi mereka tidak sedar mereka telah didakwah secara halus oleh musuh-musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam.
            Adalah tidak masuk akal kita boleh berpakat dengan golongan kuffar yang jelas menentang Islam untuk menentang sesama Islam yang mungkin hanya fasik dan zalim.
            Walau apa tujuannya, mereka lebih mempercayai kekuasaan untuk menegakkan agama, walhal agama itu sudah bersifat kekuasaan. Jika nilai-nilai agama diamalkan dalam diri setiap manusia, akan tegaklah hukum-hukum Allah dengan izin-Nya. Agama itu sudah syumul, kata mereka, tetapi mereka memilih demokrasi untuk menegakkan agama. Sebaliknya demokrasi ini telah memecah-belahkan umat, dan menjadikan kita semua telah diambil kesempatan oleh golongan kuffar.
                Tinggalkanlah politik demokrasi, berusahalah mengajak dan menyeru manusia kepada agama, itulah politik dalam Islam.  Sibuklah dalam urusan agama, bukan sibuk dalam politik untuk menegakkan agama. Bahkan mereka menganggap ulama-ulama yang tidak memasuki politik itu meninggalkan dunia, sedangkan agama itu adalah panduan dunia akhirat. Bukankah Islam itu syumul?
            Mereka menyatakan dalil mengambil demokrasi sebagai tuntutan zaman. Kita harus mengikut agama, bukannya agama harus mengikut kesesuaian zaman, kerana agama itu sesuai untuk semua zaman.
            Jika demokrasi itu dibenarkan dalam agama, maka kita semua akan jadi pemuas kehendak-kehendak masyarakat. Jika rakyat mahukan hiburan, maka kita akan menghidangkannya untuk meraih undi. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat, sebaliknya akan diubah oleh masyarakat sedikit demi sedikit.
            Demokrasi sebenarnya adalah hukum alam. Yang majoriti akan menang. Jika kita benar-benar memahami hakikat demokrasi, kita tidak perlu memasuki demokrasi untuk melaksanakan agama. Tetapi kita harus meramaikan orang-orang yang kuat pegangan agama, kerana apabila kita ramai kita akan menang. Sekarang umat Islam sudah ramai, tetapi seperti buih. Kenapa? Kerana pegangan dan keimanan kita lemah, kita hanya menjadi buah catur kuffar. Di situlah kita sepatutnya berusaha.
            Ulama-ulama politik lebih nampak untuk menolong orang yang dizalimi tetapi tidak menolong orang yang menzalimi. Menolong seorang perompak bukanlah sekadar bermaksud menahan mereka dari melakukan rompakan. Kerana jika itu yang dimaksudkan, mereka akan terus merompak jika kita tidak melihat mereka. Untuk menahan mereka dari melakukan kezaliman adalah mengajak mereka ke arah kebaikan. Itulah dakwah, itulah politik Islam.
            Saya umpamakan sifat agama itu seperti cahaya, dan kegelapan itu sebagai kemungkaran. Untuk menghapuskan kegelapan, hidupkanlah api, nescaya cahayanya yang terang-benderang, akan muncul automatik.
            Politik dalam Islam bagi saya adalah dakwah atau tabligh, sebagaimana dakwah yang dilakukan gerakan-gerakan Kristian ataupun Yahudi ke atas umat manusia. Tanpa memerintah sesebuah negara pun, mereka telah berjaya mengubah budaya hidup kita menjadi seperti yang mereka mahukan sehingga akhirnya mereka akan menguasai dunia ini seluruhnya. Dan berdakwah itulah kerja nabi Muhammad saw.
            Kita yakini Islam itu syumul, dan politik itu ada di dalam Islam. Itu benar. Yang bathilnya kita memaksudkan politik Islam itu antaranya adalah sistem demokrasi berparti yang dianjurkan oleh Barat untuk memecah-belahkan kita, bukannya memperbaiki kita.
            Mereka menentang sistem sekular, mereka menyatakan politik tidak boleh dipisahkan daripada agama, sebaliknya merekalah yang memisahkan agama dari kehidupan yang syumul, termasuk politik yang sudah ada dalam agama, iaitu dakwah.
            Mungkinkah demokrasi ini adalah salah satu sistem Dajjal yang menipu semua, termasuk menipu ulama-ulama kerana fitnah-fitnah dajjal itu sangat dahsyat dan mengelirukan? Iaitu satu neraka yang diperlihatkan Dajjal sebagai syurga. Kita menyakini perjuangan kita ini benar, walhal kita tertipu oleh Dajjal.

Monday, 30 April 2012

CATATAN KUNING


PADA hari Sabtu 28 April lepas, saya di Kelantan. Biasanya saya di Kuala Lumpur. Apabila online internet, di sebuah kopitiam, terlihat macam-macam post  dan video perihal Perhimpunan Bersih 3.0. Ramai yang memberi komen-komen, sesuai dengan fahaman politik masing-masing.
Yang menyokong perhimpunan Bersih 3.0, menyatakan pihak penguasa menzalimi para peserta. Dan begitu juga sebaliknya di pihak penguasa. Apakah yang benar hari itu? Semuanya telah menjadi fitnah, kebenaran dan kebathilan telah bercampur-gaul. Rojak.
            Apakah yang benar hari itu? Satu lagi fitnah dan kekacauan telah tercipta dan tidak dapat dihentikan.
            Kita semua tahu, bukan? Ada yang berkata polis menyamar jadi peserta. Ada yang berkata peserta memprovokasi polis. Kereta peronda polis dirosakkan. Kanak-kanak terkena semburan air kimia. Polis cedera. Peserta cedera. Maki-hamun. Sampah-sarap. Macam-macam.
            Saya tidak mahu pergi jauh. Saya tidak mahu pun pergi ke sana untuk mengetahui apakah sebenarnya telah terjadi. Bahkan, tidak perlu pun. Ia juga tidak akan menyelesaikan persoalan. Kadang-kadang kita pergi terlalu jauh, hingga melupakan pokok persoalan dan realiti di mana kita berada.
            Perhimpunan Bersih 3.0 adalah suatu bentuk penentangan halus dan tersirat kepada pemerintah. Pemerintah kononnya tidak adil, zalim dan menipu dalam pilihanraya. Maksudnya kerajaan zalim. Jadi?
            Maka hari itu telah berlalu. Telah tercatat dalam sejarah.
            Saya tidak mahu pergi jauh. Jika saya ke sana pun, saya tidak dapat melihat keseluruhan apa yang terjadi. Saya tidak boleh berada di setiap sudut dan menyelami nawaitu semua orang yang terlibat.
Saya tidak mahu pergi jauh. Jika kita telah mendakwa dan menganggap pemerintah itu zalim, mengapakah kita masih mempersoalkan kezaliman-kezaliman mereka ketika menghadapi penentangan kita? Kezaliman adalah ciri-ciri pemerintah jahat. Bahkan jika pemerintah adalah golongan yang adil sekalipun, mereka juga akan mempertahankan kekuasaan yang dimiliki mereka dengan semua cara.
Hiduplah dalam realiti. Kita telah memilih untuk berkumpul dan menyuarakan kehendak kita, yang bermaksud memprotes kerajaan, menentang kerajaan secara halus.
Tidak perlu teori atau spekulasi yang bukan-bukan. Ia hanya memeningkan dan menambah fitnah. Apa perlunya pelbagai andaian dan agakan jika ia akhirnya tidak dapat disahihkan kebenarannya. Tidak perlu andaian polis menyamar menjadi peserta. Jika benar pun, itu memang normal. Sesiapapun akan berusaha mempertahankan kedudukannya, sama ada dia seorang yang baik atau jahat.
Tidak perlu cadangan-cadangan bagaimana sepatutnya pihak penguasa melayani penunjuk-penunjuk perasaan secara aman ini. Itu tidak logik. Jika mereka mendengar nasihat kita, tentulah tidak timbul penentangan kita. Kita melawan orang jahat secara fizikal, tetapi kita meminta orang jahat tersebut melayani tentangan kita dengan baik. Lucu, bukan?
Kita membawa anak-anak kecil bukan ke funfair, tetapi ke perhimpunan tunjuk perasaan menentang kerajaan zalim. Mestilah tidak ada belon atau buaian roller coaster, sebaliknya semburan air kimia. Kitalah yang bodoh dan kejam ke atas anak-anak kecil itu.
Tamsilkan kita membawa sebuah kereta melalui jalan sehala. Tiba-tiba sebuah lori pasir tersasar ke arah jalan yang menjadi hak laluan kita, apakah pilihan kita? Benar, lori pasir itu ternyata salah. Tetapi mengapa secara automatik, kita akan mengelak ke tepi untuk mengelak perlanggaran?
Kini kita telah memilih perlanggaran. Tidak relevan lagi kita mempersoalkan kezaliman-kezaliman yang dilakukan kerajaan untuk menyekat perlanggaran kita itu.
Penentangan-penentangan ini tidak lebih seperti kayu-kayu yang akan memarakkan lagi api kezaliman pemerintah.
Seperti yang selalu saya katakan dan akan saya ulangi lagi di sini sehingga saya sendiri pun sudah jadi bosan: kita ingin membetulkan penguasa yang zalim dengan cara melawan, dan dalam penentangan itu kita mempersoalkan tindak-tanduk zalim mereka menghadapi kita, wajarkah?
Kita telah memilih pedang untuk melawan kezaliman pemerintah, maka urusan kita telah diserahkan kepada pedang.
Fikirlah perkataan-perkataan di bawah ini.
Dari ‘Amr bin Yazid, dia berkata: “Ketika al-Hassan didatangi oleh sekelompok orang pada masa pemerintahan Yazid bin al-Muhallab, aku mendengar dia memerintahkan mereka tetap berada di dalam rumah masing-masing, dan mengunci semua pintu. Setelah itu dia berkata, ‘demi Allah swt seandainya manusia diberi cubaan dari penguasa, lalu mereka bersabar, nescaya dalam waktu singkat Allah swt akan mengangkat cubaan tersebut. Namun kerana berlindung kepada pedang, maka mereka pun diserahkan kepadanya. Demi Allah, mereka tak sedikitpun menghasilkan hari yang lebih baik’. Kemudian dia membaca ayat:
            “...dan telah sempurnalah perkataan rabbmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka. Dan kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka.” (Al-A’raaf:137)

*Catatan yang tak diedit. Berterabur seperti sampah-sampah Perhimpunan Bersih.


Friday, 27 April 2012

LETAKLAH SESUATU ITU DI TEMPATNYA


“KEADILAN itu,” seperti kata Syaidina Ali ra, “adalah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.”
            Bagaimanakah?
            Di merata-rata sudut dunia hari ini manusia mendakwa mereka dizalimi, diperlakukan tidak adil oleh pemerintah sehingga menimbulkan fitnah dan huru-hara dalam masyarakat. Mereka bangun melawan, memberontak ke atas pemerintah dengan niat menjatuhkannya setelah kaedah demokrasi gagal. Jika dahulu manusia tidak berani bersuara menentang, sebaliknya kini dengan bantuan internet, mereka lantang berteriak hingga melimpah ke jalan-jalan raya. Internet telah meruntuhkan halangan dan dinding-dinding kekuasaan pemerintah. Satu demi satu pemerintah tumbang, dan ramai dan banyak yang menjadi korbannya.
            Apakah keadilan telah kembali kepada rakyat sesudah penguasa zalim itu ditumbangkan? Tidak. Lihatlah bagaimana satu demi satu negara yang bergolak telah jatuh kepada zionis dan sekutunya melalui pemerintah boneka dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Adilkah ini?
Di manakah sepatutnya kita meletakkan diri dalam konflik yang sangat kompleks ini?
Marilah kita berfikir dan mencari kedudukan yang kukuh untuk melihat krisis ini. Letaklah sesuatu itu di tempatnya, tempat yang sepatutnya.
Diriwayatkan oleh Muslim: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak menjalankan sunnahku. Di tengah-tengah mereka akan berdiri beberapa orang lelaki yang hati mereka seperti hati syaitan yang berada pada tubuh manusia. Hudzaifah bertanya, wahai rasulullah, apa yang harus aku perbuat jika menjumpai hal itu. Baginda menjawab, tetap patuh dan taat kepada pemimpin sekalipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, kamu harus tetap patuh, dan taatlah.”
Seperti yang telah ditunjukkan nabi Muhammad saw bahawa akan datang penguasa-penguasa zalim pada zaman-zaman selepas baginda, telah zahirlah hakikat ini. Pesanan baginda agar manusia tetap mentaati penguasa yang zalim sekalipun, tidak diendahkan. Apakah hikmah di sebalik ketaatan ini? Ramai yang mengemukakan hadith-hadith tentang ketaatan kepada penguasa, tetapi apakah hikmah atau rahsia di sebaliknya untuk difahami orang-orang awam?
Sesiapapun tidak mahu dizalimi, tetapi apabila pemerintah zalim menghadapi kita dengan lebih zalim selepas kita menentangnya, kita mempersoalkannya. Soalannya, adakah ini adil atau berfaedah? Jika kita memarahi orang gila, kemudian apabila orang gila itu memukul kita, maka kita melaungkan kepada dunia bahawa orang gila telah menzalimi kita, adakah kelakuan kita ini adil dan bijaksana? Penguasa zalim akan bertindakbalas sebagai orang zalim; begitu juga orang gila tidak akan bertingkahlaku waras. Tidak ada apa yang dapat diubah dalam situasi ini, kecualilah jika kita menasihati; bukan menentang.
Mereka katakan mereka sudah menasihati penguasa, tetapi tidak dipedulikan; dan apakah dengan menentang melalui ucapan dan tunjuk perasaan itu, penguasa akan mendengar dan keadaan menjadi lebih baik?
Adalah tidak waras jika kita menyenaraikan segala kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa zalim. Itu adalah seperti memperincikan sifat-sifat orang gila seperti, misalnya berambut panjang, tidak mandi, tidur merata-rata, busuk, berkuku panjang, kuat menghisap rokok dan terdapat banyak lagi sifat orang gila yang boleh diperincikan sehingga boleh menjadi berjilid-jilid ensiklopedia. Tetapi apakah gunanya? Ia tidak akan mengubah apa-apa. Apa yang boleh diubah adalah sikap kita dalam menghadapi musibah ini.
Seseorang yang mengajak kepada mentaati pemerintah akan ditunjukkan dengan sejumlah fakta dan bukti-bukti kemungkaran pemerintah seolah-olah orang itu adalah penguasa. Menahan diri dan bersabar ke atas pemerintah zalim, bukan bermaksud menyokong kezaliman. Jika benarlah penguasa itu zalim, tentulah mereka bertindak sebagai orang yang zalim, tetapi mengapakah kita mempersoalkannya? Adakah kita boleh mengubahnya? Adilkah begitu? Duduklah di tempat yang sepatutnya. Asingkanlah, jangan campurkan.
Satu soalan, “Kamu menentang penguasa zalim, maka apakah kamu mengharapkan kerajaan yang zalim akan menuruti kemahuanmu?” Jika ia terjadi semudah itu, tidak akan timbul persoalan-persoalan lain. Kita melawan orang gila, dan kita mengharapkan orang gila itu bertingkahlaku waras, wajarkah?
Kita bukan mahu berdebat dan merumuskan apa yang penguasa harus lakukan kepada rakyatnya. Itu sudah jelas termaktub dalam Quran dan hadith-hadith. Tetapi bagaimana kita harus mengubah keadaan ini?
Seperti dalam contoh klasik khalifah Umar al-Khattab meminta diluruskan pemerintahannya dengan pedang, letaklah akal kita di tempat yang sepatutnya. Umar al-Khattab menyatakan demikian kerana beliau adalah seorang penguasa yang lurus dan adil. Ini tidak boleh dijadikan hujah untuk kita mengangkat senjata melawan pemerintah. Ia perkara berbeza. Renungkanlah analogi ini: bersedekah itu perbuatan mulia, tetapi meminta sedekah itu tidaklah lebih mulia dari pencari kayu api.
Kita bukan berhadapan dengan Umar al-Khattab, yang jika beliau silap dan kita meluruskan kesilapan itu dengan pedang, beliau akan meredhai kita dan meluruskan apa yang bengkok itu. Kita berhadapan dengan penguasa zalim yang jika kita membaling dengan batu, maka mereka akan melibas kita dengan pedang.
Kita bukanlah redha terhadap kemungkaran mereka, tetapi kita tidak keluar melawan mereka untuk menahan bencana dan kezaliman yang lebih memudaratkan. Kita bersabar selagi kita masih bebas mengamalkan agama dan penguasa itu pula masih bersolat (masih menzahirkan ke-Islaman mereka).
Jika kita berada di tepi lopak air, janganlah marah jika terpercik air. Beralihlah ke tempat lain.
Dan tanyalah diri, adakah pemerintah yang kita tentang itu benar-benar zalim, atau mereka menjadi kejam atau bertambah kejam kerana penentangan kita? Renungkanlah.
Tulisan ini bukanlah penyelesaian kepada apa yang kita hadapi, tetapi mahu mengajak kita semua merenung dan mempersoalkan tindakan-tindakan kita dalam menghadapi penguasa yang kita dakwa kononnya zalim itu,  sama ada penentangan kita itu lebih memburukkan keadaan atau memperbaikinya.
Ada sesetengah perkara sukar untuk dijelaskan dengan perkataan, tetapi hanya mampu difahami dengan akal yang mahu berfikir. Semoga kita memahami dan tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang tertimpa fitnah-fitnah akhir zaman.


Tuesday, 10 April 2012

JAWAPAN KEPADA NIK MOHAMAD ABDUH

Renungan buat mereka yang berkata, "Saya benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya," mari berfikir sejenak;

1) Adakah dengan menjauhi politik, anda terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur-baur antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?
JAWAB: Tidakkah politik nabi itu dakwah, tabligh, tarbiah ke atas hati, usaha-usaha meningkatkan keimanan? Jangan sempitkan politik dengan demokrasi anjuran Yahudi yang berkehendak kepada perpecahan sesama Islam untuk memudahkan mereka menguasai kita. Adakah politik parti hari ini membersihkan kita dan meningkatkan keimanan kita semua?

2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi telah menjadi kotor kerananya?
JAWAB: Ya, lihat tuan guru Nik Abdul Aziz. Berapa banyak fitnah telah terpalit kerana politik? Beliau telah mencampakkan diri ke dalam fitnah dan kemusnahan, telah menyebabkan hukum hudud, Islam dan pelbagai lagi dihina di tangan kafir, munafik, dan fasik.

3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga terpaksa berperang dengan senjata?
JAWAB: Nabi berperang selepas dihalang menyebar dakwah dan musuhnya kafir, bukannya berperang dan berselisih sesama Islam. Bahkan orang-orang munafik pun nabi saw biarkan, takut timbul fitnah dan kekacauan yang membawa mudarat pada masyarakat. Nabi saw menakluk negara kuffar pun kerana mengelak ditakluk golongan kuffar yang selalu melakukan onar di perbatasan.

4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang yang kotor?
JAWAB: Orang-orang yang ‘bersih’ seperti saudara katakan itu, bukanlah menjauhi politik. Mereka menjauhi parti dalam demokrasi. Mereka mengamalkan politik nabi, iaitu tabligh, dakwah, tarbiah. Kerana apa yang rosak adalah hati manusia, dan di situlah punca kepada segala kemungkaran. Apabila kebaikan telah merata, jatuhlah kebathilan. Itulah politik yang dibawakan Nabi saw. Ironinya, kaedah politik nabi ini ditiru dan digunapakai oleh Nasrani dan Yahudi melalui dakwah halus mereka seperti filem, hiburan, gaya hidup, makanan, pakaian dan sebagainya hingga kita semua masuk ke lubang biawak. Mereka tidak pula merebut secara langsung kekuasaan negara-negara Islam (kecuali Palestine).

5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik, seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu atau menolak orang yang datang membantu mempertahankan hak anda itu?
JAWAB: Islam mengajar kita sabar, lebih-lebih lagi jika kita melawan kita akan lebih dianiayai dan menjadikan penzalim lebih zalim. Dan apakah pertolongan itu menjadikan keadaan yang lebih baik? Allah swt adalah sebaik-baik penolong.

6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?
JAWAB: Adakah politik parti hari ini menjadikan keadaan lebih baik? Adakah kerajaan menjadi lebih baik, atau adakah anda sendiri menjadi lebih baik?

7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar agar dijauhi politik dan orang politik?
JAWAB: Kita diajar ikut sunnah nabi, bukan ikut sunnah Yahudi dan Nasrani. Nabi sudah mengajar bagaimana kaedah untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, dengan tabligh, dakwah, tarbiah, kemudian senjata jika dihalang.Tetapi tidak berperang sesama Islam. Apa yang parti politik lakukan hari ini akhirnya akan membenarkan apa yang pernah dikatakan baginda Nabi saw bahawa akan terjadi peristiwa umat Islam yang akan berbunuhan sesama sendiri kerana mendakwa puak mereka lebih benar daripada puak yang lain, dan mereka semua mati dalam keadaan tidak beriman. Seruan-seruan parti yang berbau assabiyah inilah yang akan membawa kepada perang saudara.

8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?
JAWAB: Nabi saw adalah ahli politik, tetapi bukanlah politikus sekular yang berebut-rebut mencalonkan diri menjadi pemimpin. Kenapa mesti disempitkan politik Islam itu dengan parti-parti dalam demokrasi? Celakalah sesiapa yang mencalonkan dirinya menjadi pemimpin, malah hingga sanggup mencela lawan sesama Islam.

9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli politik yang jahat tanpa menyentuh politik?
JAWAB: Hidupkanlah usaha-usaha agama dalam kalangan rakyat bawahan, maka insyaAllah orang-orang di atas atau pemerintah, Allah swt akan ubah atau tukarkan. Ingatlah janji-janji Allah, “’wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu”; Muhammad 47: 7). Seperti juga untuk mendapatkan cahaya (agama), hidupkanlah api (usaha-usaha agama). Agama itu syumul.  Jika kita mengusahakannya, akan datang kepada kita pemerintahan, sosial, ekonomi dan sebagainya daripada bantuan Allah swt. Bukannya beriman kepada demokrasi sekular

10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang membenarkan anda lari dari tanggungjawab menentang kemungkaran politik?
JAWAB: Untuk menentang kemungkaran, adalah mengajak orang ke arah kebaikan, ke arah agama. Itulah politik nabi. Kita boleh menahan dan mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran, tetapi selagi dia tidak dibersihkan hatinya, tidak didakwah iman, dia akan tetap melakukan kemungkaran jika ada peluang. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Kita boleh menadah baldi untuk menampung air yang tumpah dari paip bocor, tetapi selagi paip tidak dibaiki, selagi itulah kita akan terus menadah baldi. Jika kita inginkan cahaya, maka usahakanlah menghidupkan unggun api, iaitu usaha-usaha agama untuk mendapatkan negara yang mendaulatkan agama.
Adakah kita mahu duduk dalam api untuk memadamkan api?    
Dan saya katakan, taatlah pada pemerintah (sekalipun pemerintah yang zalim), kerana apa-apapun alasan perpecahan umat, ia akan memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam sebenar, dan dalam masa ketaatan itu, lakukan usaha-usaha agama agar pertolongan Tuhan yang tidak jauh itu sampai.


# soalan ini diambil dari page Nik Mohamad Abduh, timbalan dewan pemuda Pas, bertarikh 8 April 2012

Thursday, 7 July 2011

MENGALIH KEZALIMAN DENGAN KEZALIMAN LEBIH BESAR



“ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh-sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa tetap kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik,” (an-Nur 55).
Pemimpin sebenarnya adalah cerminan masyarakat yang diperintahnya. Jika masyarakat berakhlak buruk, maka manusia berakhlak buruklah menjadi pemimpin. Begitulah ekosistem masyarakat. Masyarakat melahirkan pemimpin seperti adanya.
            Pemerintah ibarat penggembala. Apabila arahan pemerintah, sekalipun pemerintah yang zalim, tidak dipatuhi, maka tiada lagi undang-undang didaulatkan. Bermulalah bibit-bibit pemberontakan. Akan terlucutlah kambing-kambing gembalaan yang akhirnya akan memudahkan serigala pemangsa memakannya. Itulah perumpamaannya.
Kerosakan dan keburukan dalam masyarakat hari ini adalah menyeluruh. Masyarakat menzalimi diri sendiri, bukan setakat dizalimi pemerintah. Pandanglah sekeliling untuk melihat kehancuran dalam masyarakat jahiliyah moden ini. Nafsu dan cinta dunia menjadi budaya. Masyarakat sedang diglobalisasikan dengan budaya hidup baru. Tamadun Barat yang muflis moral menjadi sumber rujukan. Manusia semakin jauh dari agama. Apabila agama sudah luput dalam masyarakat, jadilah masyarakat itu tanpa panduan, seperti kumpulan haiwan liar yang menurut nafsu. Rasuah, penipuan, judi, arak, syirik, zina, khianat dan pelbagai kemungkaran berleluasa dalam masyarakat.
Dunia ini, seperti yang diumpamakan nabi SAW, adalah bangkai yang tidak cukup sifat di tepi jalan.
Pemerintah zalim telah jelaslah kezalimannya dan harus ditentang. Masyarakat, yang melupakan agama pula, akan memperjuangkan kepentingan diri mereka. Maka yang terjadi hanyalah perebutan bangkai. Mereka mudah terhasut dengan cerita rasuah, salahguna kuasa, kekayaan melampau pemimpin dan bermacam perkara lagi yang dibawa pemberontak. Akhirnya perjuangan ini tidak lagi kerana agama, tetapi kerana iri hati, dendam, benci dan percaturan ekonomi. Dalam demokrasi, ternyata perjuangan hari ini adalah untuk memuaskan kehendak pengundi, bukan perjuangan menyempurnakan akhlak masyarakat seperti yang dilakukan nabi SAW.
Cuba perhatikan. Perjuangan hari ini bukan lagi meminta masjid, misalnya. Masjid telah sedia ada seperti cendawan selepas hujan, malah cantik, moden lagi selesa. Malah, masjid yang hanya meriah pada hari Jumaat dan pagi hari-hari perayaan. Manusia telah lalai memakmurkan masjid tersebut pada waktu-waktunya.
Parti-parti politik tidak lagi menjaga agama, tetapi menjaga pengundi. Tiada lagi kebenaran agama dilaungkan mereka, melainkan suara kehendak-kehendak masyarakat yang ingin mereka pancing undi dalam pilihanraya. Parti-parti ini telah diubah bentuknya oleh pengundi, bukan sebaliknya. Mereka telah menjadi pejuang-pejuang duniawi untuk memuaskan kehendak masyarakat demi mendapatkan negara. Mereka mengkompromikan agama untuk undi.
Parti politik ini pasti akan dikalahkan pemerintah. Demokrasi ada pelbagai kelemahan dan mudah disalahgunakan. Demokrasi pasti lebih memenangkan pemerintah. Kepada yang tewas, akhirnya mereka akan memilih cara demonstrasi yang lambat-laun akan membawa kepada revolusi seperti yang terjadi di seluruh dunia.
Masyarakat menolak kezaliman, tetapi masyarakat juga menzalimi diri sendiri sebagai hamba-Nya. Bagaimana mungkin kita dapat mengalih kezaliman itu, melainkan mengangkat kezaliman lebih besar ke dalam masyarakat. Jika suasana menjadi anarki, akan terbukalah pintu-pintu fitnah yang tidak akan dapat ditutup lagi, dan kita semua akan tenggelam punca dan saling menyalahkan. Kita akhirnya akan bercakaran dalam gelap, dan tidak tahu siapa kawan dan lawan.
Masalah dunia hari ini adalah masalah ketaatan kepada agama, yang tidak boleh didapatkan dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan membentuk kerajaan baru. Jika kerajaan baru ditubuhkan, masyarakat tetap masyarakat yang sama, yang tidak dapat dipuaskan kehendaknya. Kita bukan bersetuju dengan pemerintah zalim, cuma bagaimana untuk membetulkan masyarakat selaras dengan fitrah agama. Islam tidak akan bangkit dengan politik demokrasi, apatah lagi dengan revolusi. Islam hanya akan berkembang dengan politik dakwah, tarbiah, tabligh dan pendidikan hati. Membaiki akhlak masyarakat bermula dari individu, kerana masyarakat yang baik secara automatik akan menolak pemimpin dan sistem yang zalim. Tiada usaha-usaha menyeru dan membawa kepada kebenaran agama. Apa yang ada hari ini adalah  perebutan bangkai di kalangan manusia bernaluri binatang yang mengeksploitasi agama dan isu-isu yang dekat dengan rakyat.
Sekiranya kerajaan yang ada dijatuhkan secara ganas oleh rakyat, maka rakyat yang sama juga akan menjatuhkan kerajaan yang baru ditubuhkan itu nanti. Satu siri ulangan tidak berkesudahan.
Malaysia tidak hidup sendirian. Apa yang berlaku di sini adalah penting kepada dunia. Kita kini dalam dunia globalisasi. Kuasa-kuasa besar dunia juga memainkan peranan mereka ke atas seluruh negara di dunia, termasuk Malaysia. Tangan-tangan asing dari luar ini turut mencatur Malaysia. Ini tidak dapat dinafikan. Kuasa-kuasa asing ini diketahui mahu meruntuhkan struktur-struktur masyarakat lama untuk memudahkan kemasukan budaya dan pengaruh dagang mereka yang selama ini dihalang dinding-dinding sekatan ekonomi atau dasar-dasar negara. Ini bukanlah paranoid, tetapi realiti. Kuasa-kuasa asing inilah serigala pemangsa yang menunggu peluang untuk mengambil semuanya.
Apabila pemerintah yang zalim ditentang masyarakat yang juga tidak berakhlak, inilah akhir sebuah masyarakat dan negara.

Thursday, 30 June 2011

KOTA CONSTANTINOPLE & MUHAMMAD AL-FATEH


KOTA Constantinople hanya akan jatuh kepada seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”
Demonstrasi atau tunjuk perasaan, bagi sebahagian politikus, adalah kaedah terakhir menyampaikan mesej terhadap kerajaan yang zalim. Demonstrasi ini bermula dan popular di Barat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan bantahan.
            Ada banyak dalil dikemukakan untuk menyokong atau membangkang perlunya demonstrasi. Semuanya menggunakan hujah dan dalil agama, sama ada bersumber dari al-Quran ataupun hadith. Tiada penyelesaian muktamad yang terhasil, malah hanya pertikaian berterusan.
            Mereka yang prodemonstrasi menyampaikan kisah seseorang mengadu pada nabi SAW. “Sesungguhnya jiranku menyakitiku.” Sabda nabi SAW, “keluarkanlah baranganmu dan letakkannya di jalan.” Maka lelaki itu mengambil barangnya dan meletakkannya di jalan. Lalu setiap orang yang melintas bertanya, “apa yang terjadi kepadamu?” Dia menjawab, “jiranku menyakitiku.” Maka mereka berkata, “ya Allah laknatilah dia, ya Allah hinalah dia.” Dengan sebab itu jirannya berkata, “kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan menyakitimu lagi.”  (hadith riwayat al-Bazzar dan al-Hakim)
Bagi penentang, mereka membawa riwayat Muslim ini, “Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.”
Soalnya di sini, apakah demonstrasi itu jalan lurus mencapai kebenaran dan kemenangan? Apakah ia akan membuahkan hasil yang lebih baik?
Politikus yang kecewa kerana demokrasi tidak berjaya memenangkan mereka, telah bertindak menganjurkan demonstrasi. Mereka mendakwa pihak kerajaan tidak berlaku adil dan menipu dalam proses perlaksanaan demokrasi.
            Perlu diakui sesebuah kerajaan akan berusaha mempertahankan diri mereka sama ada dengan cara yang betul atau tidak, bergantung kepada bentuk penentangan. Ini adalah tindakbalas semulajadi. Tiada sesiapa yang akan membiarkan dirinya dijatuhkan, lebih-lebih lagi bagi kerajaan yang zalim. Manakala rakyat sebagai penentang akan berusaha menjatuhkan kerajaan melalui apa jua cara. Demonstrasi adalah jalan paling terakhir dan ekstrem bagi rakyat tertindas. Politikus-politikus yang menentang kerajaan akan bekerja keras menghasut rakyat turun ke jalanraya atas nama demontrasi aman.
            Melihat kepada contoh-contoh yang terjadi di seluruh dunia, banyak kerosakan, kerugian, kemusnahan, dan korban nyawa yang telah berlaku kerana demonstrasi walaupun bermula dengan aman. Kita ingin mengalihkan kezaliman, tetapi keadaan yang lebih zalim telah mengambil tempat. Mengapakah ini terjadi?
            Sama ada kerajaan ataupun golongan penentang yang melakukan kekacauan, itu tidaklah penting. Seperti yang kita ketahui, kerajaan yang zalim akan berbuat apa saja untuk mempertahankan diri mereka. Tidak ada gunanya jika kita meminta keadilan dari Firaun yang ternyata zalim itu. Logiknya, jika Firaun itu berlaku adil, tiada gunanya kita melawannya. Umpama seorang perompak, kita meminta perompak itu mencampakkan pistol di tangannya, adakah logik? Bahkan, tentulah perompak itu sanggup melakukan apa saja untuk merompak dan melepaskan diri dari jenayahnya. Begitu juga dengan kerajaan yang zalim. Jika demonstrasi itu diprovokasi oleh kerajaan dan berlaku pertumpahan darah, kitalah, sebagai penentang, yang harus dipersalahkan kerana mencampakkan masyarakat ke dalam fitnah-fitnah kekacauan. Tiada gunanya kita mempersalahkan kerajaan (atau Firaun) yang nyata zalim itu.
            Demonstrasi ternyata boleh menjerumuskan negara ke dalam gejolak api fitnah dan kemusnahan. Semua warganegara, terutama rakyat biasa dan orang kebanyakanlah, yang akan menanggung akibatnya jika demonstrasi ini bertukar menjadi revolusi berdarah. Dan perhatikan maksud surah al-Baqarah ayat 195 ini, “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
            Mereka menyertai demokrasi yang ternyata sekular, dan apabila mereka kalah dalam sistem demokrasi dan pilihanraya yang penuh tipudaya dan yang banyak memberi kelebihan kepada pemerintah itu, mereka menghasut rakyat keluar memberontak di jalanan.
            Suatu kebangkitan rakyat yang bermula dengan kebatilan adalah palsu dan tidak akan kekal. Kita bukan menentang kerajaan yang kuffur seperti firaun. Kita menentang kerajaan yang tidak adil. Kebangkitan rakyat yang sebenar adalah kebangkitan revolusi minda rakyat yang berteraskan agama. Kebangkitan kesedaran agama yang meruntuhkan semua sistem sekular dan kuffar. Bukan perjuangan berdasarkan naluri haiwan yang ganas berebutkan bangkai.
Demonstrasi, seperti demokrasi, bukanlah pilihan orang yang memiliki ilmu dan hikmah. Demonstrasi adalah pilihan mereka yang hilang ikhtiar, hilang kesabaran, putus asa dari pertolongan Allah swt.
            Seperti yang berlaku di Mesir dan negara-negara lain, ternyata kemenangan pemberontakan tersebut hanyalah memberi keuntungan kepada Zionis dan AS dalam menjayakan New World Order mereka. Modus operandi mereka adalah meruntuhkan kerajaan atau monarki lama, lalu membentuk kerajaan baru di bawah tunggangan mereka. Mereka tidak akan mencemari tangan mereka dengan darah, tetapi dengan tangan-tangan rakyat negara itu sendiri melalui pemimpin dan aktivis masyarakat yang dibentuk dan dididik mereka sejak sekian lama.
            Jika cukup syarat-syarat, wujud ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik, kapal pun boleh belayar di daratan, seperti terjadi di kota Constantinople suatu masa dahulu, sehingga tumbang kota itu ke tangan Muhammad al-Fateh dan para tentera serta rakyatnya. Apakah kita sebaik itu untuk mengalihkan kezaliman dengan demonstrasi? Atau kezaliman yang lebih besar akan menghempap kita.

Thursday, 23 June 2011

DILEMA MELAYU ERA GLOBALISASI


ADA sebuah sajak pendek yang ditulis oleh Lord Byron perihal bangsa Yahudi. Maksudnya lebih kurang begini: kelinci (arnab) ada sarangnya, iaitu di dalam lubang bawah tanah. Burung merpati pun punya sarangnya yang kecil di atas pokok. Tetapi bangsa Yahudi tidak memiliki tanahair. Sajak ini semestinya dikarang sebelum kewujudan negara haram Israel pada tahun 1948.
            Sajak ini menunjukkan betapa pentingnya tanahair untuk sesebuah bangsa. Yahudilah, sebelum wujud negara Israel, satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara yang sah dalam sejarah moden. Mereka adalah bangsa yang bertebaran di mana-mana ceruk dunia.
            Malaysia, dulunya Semenanjung Tanah Melayu, dalam sejarah zaman moden adalah dihuni oleh kaum Melayu. Bumiputera Melayu adalah tuan kepada negara ini. Sama ada Melayu itu asalnya dari benua manapun, bukan persoalan. Sejarah zaman moden mengesahkan orang-orang Melayu adalah penghuni asal Malaysia selain kaum-kaum orang asli di pedalaman, sebelum disertai imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di ladang atau di lombong-lombong. Untuk dikatakan Cina adalah penghuni asal Malaysia, semua mengetahui fakta ini adalah salah. Orang Cina mempunyai susur-galur nenek-moyang mereka di negara China. Orang India pula mempunyai India sebagai negara asal.
            Tulisan ini bukan bermaksud menyuburkan benih perkauman. Tulisan ini diharap rasional untuk menilai masalah Melayu di Malaysia hari ini dan pada masa-masa akan datang, juga masa depan Malaysia.
            Benar, bumi yang luas ini adalah milik Allah swt. Bagi ulama-ulama yang menyertai politik, semua bangsa tidak harus dibezakan. Islam tidak membezakan warna kulit atau bangsa, tetapi ketakwaan. Semua manusia adalah sama, makhluk ciptaan Allah swt. Kenyataan ini kelihatan harmoni dan adil.
            Melayu adalah kaum bumiputera. Orang Melayu mempunyai hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.
            Adalah kontradiksi jika Melayu harus mempertahankan hak mereka sebagai tuan rumah. Konsep bertahan begini adalah negatif. Dalam permainan bolasepak, bertahan adalah lemah. Sepatutnya hak tuan rumah sudah terjamin kukuh. Hak tetamulah yang harus dipertahankan.
            Jawapan kepada ulama-ulama politik, bahawa bumi ini adalah milik tuhan untuk semua, adalah sebuah perumpamaan yang akan dikemukakan nanti. Memang apa yang dikatakan ulama ini adalah tepat. Tetapi ini adalah berlawanan dengan konsep hakmilik dalam Islam. Dalam Islam, kita percaya tuhan yang menciptakan pokok. Tetapi jika pokok itu tumbuh dalam kebun orang, kita wajib meminta izin tuan pokok itu untuk mengambil hatta sehelai daun pokok sekalipun.
            Perjuangan orang Melayu mempertahankan hak mereka memanglah perjuangan kebangsaan. Tetapi perjuangan ini bukanlah berlawan dengan nilai-nilai agama. Kecuali jika kita merampas hak bangsa lain atas nama perjuangan kebangsaan, itu dikira assabiyyah yang ditolak agama.
            Sepatutnya hak-hak keistimewaan bumiputera dimansuhkan, dan digantikan dengan hak-hak keistimewaan bukan bumiputera. Perkara yang sama, seperti segelas air yang separuh kosong atau segelas air yang separuh berisi. Misalnya jika selama ini quota bumiputera adalah 70%, maka harus diubah kepada hak keistimewaan bukan bumiputera adalah sebanyak 30%.
             Benar, kaum bukan bumiputera yang banyak memajukan ekonomi negara ini. Ini diakui kerana golongan pendatang memiliki ketahanan dan disiplin yang tinggi. Kuala Lumpur pada asalnya dimajukan oleh kapitan Yap Ah Loy. Mereka berasa terancam dan berusaha gigih untuk survival mereka, sebaliknya kaum Melayu kekal dalam zon selesa. Jika benarpun kaum bukan bumiputera bijak berdagang, kita jangan lupa siapa yang mengayakan mereka. Kaum Melayu yang majoritilah yang menjadi pelanggan mereka. Perdebatan ini akan menjadi panjang dan tidak akan selesai.
            Dalam keadaan politik Malaysia hari ini, keadaan adalah genting dan bahaya. Melayu yang gagal dalam ekonomi, berkemungkinan akan kehilangan kuasa politik atau terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan bumiputera. Melayu mungkin mengulangi kisah jenaka Pak Kaduk atau mengulangi sejarah kesultanan Melayu Melaka.
            Sekarang orang Melayu menentang kerajaan yang dominan Melayu yang dituduh korupsi dan sebagainya. Dakwaan ini banyak yang benar. Kerana inilah orang Cina dan India bersama orang Melayu bersatu menentang kerajaan. Jika kerajaan yang ada hari ini tumbang, apakah tidak timbul masalah? Kita harus rasional mengakui bahawa pakatan pembangkang mempunyai dasar parti yang berbeza, bahkan bertentangan. Mereka hanya memiliki musuh yang sama. Tiada kesepakatan yang besar tentang bentuk negara yang bakal ditubuhkan nanti. Kerana Melayu telah berpecah dua, pembangkang Melayu terpaksa mengharapkan sokongan kaum lain untuk menentang kerajaan. Ini akan mengakibatkan Melayu akan terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan Melayu.
            Mungkinkah juga akan berlaku perebutan ghanimah (harta rampasan perang)? Jika pembangkang Melayu ini tidak dapat melaksanakan isi-isi dasar yang mereka perjuangkan sejak berpuluh-puluh tahun dulu, di situlah masalah baru akan bermula, yang tiada dinding dapat menahannya. Di situlah akan bermulanya keruntuhan Melayu. Melayu akhirnya akan cuma menjadi kayu hulu kapak untuk menebang pokok kayu.
            Hakikatnya, Melayu yang berkuasa telah menyalahgunakan kuasa. Melayu yang ditindas telah bertindak melawan seperti marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Kerana marahkan kerajaan yang zalim, janganlah kita sanggup meruntuhkan negara dan bangsa sendiri. Akan tetapi, Jika dibiarkan kerajaan yang korup ini, maksiat dan kemungkaran terus bermaharajalela. Janganlah nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat. Inilah persimpangan dan dilema orang Melayu.