INGAT lagi kata-kata Amschel Mayer Rothschild?
Ia berbunyi, “berikan aku kuasa mengurus ekonomi sesebuah
negara, aku akan mengendalikan politik negara tersebut.”
Hari ini keluarga Rothschild inilah yang sedang mencatur
dunia dengan pengaruh wang mereka.
Politikus memerlukan wang yang dimiliki kapitalis untuk
menggerakkan aktiviti politik mereka, manakala kapitalis memerlukan ahli
politik untuk mencatur ekonomi negara.
Tanpa dana wang, politikus hanya mampu melantunkan kata-kata
pidato. Mereka tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Kekayaan dapat membeli media dan sebarannya untuk
melaksanakan propaganda politikus.
Dan tanpa kuasa politik, kapitalis tidak dapat memerah
kekayaan negara secara maksima kerana segala sesuatu di dalam negara diputuskan
oleh politikus.
Wang dilaburkan untuk mendapatkan banyak lagi wang. Ia adalah
taruhan terbesar dunia. Nilainya mungkin berbilion-bilion.
Ia adalah hubungan yang erat, saling bergantung dan
memperkuat sesama sendiri.
Duit adalah raja. Cash is
king.
Kita mungkin boleh menjadi jutawan dengan cara biasa, tetapi untuk
menjadi bilionair kita mungkin perlu ada hubungan rapat dengan politikus yang
berkuasa.
Apabila sesebuah kerajaan tidak lagi
menurut kehendak kapitalis, mereka akan cuba menumbangkan kerajaan tersebut
dengan mendanai pihak lawan, iaitu parti pembangkang dan puak-puak antikerajaan
yang lain, yang memiliki agenda tersendiri.
Konflik ini selalunya akan berlaku
apabila pertukaran pemimpin dalam kerajaan atau pun pertukaran parti pemerintah.
Pemimpin yang baru mungkin mempunyai kroni-kroni mereka
sendiri atau berpihak kepada rkayat. Mereka tentu tidak mahu lagi meneruskan
hubungan dengan kroni-kroni politikus lama.
Maka, permusuhan politikus selama
bertahun-tahun pun boleh dilupakan dengan campur tangan kapitalis ini. Mereka
datang dari punca yang sama, iaitu kapitalis yang membiayai mereka. Janganlah
pelik kerana ia adalah perkara biasa dalam politik.
Jadi, bagaimana politikus itu
bertindak sendiri dengan melawan pemodal mereka?
Tidak mungkin.
Segala isu yang ditayangkan kepada umum
hanyalah untuk mengelabui mata rakyat, sedangkan tujuan sebenar mereka adalah
berlainan.
Jadi, janganlah pelik dengan sebarang
situasi politik yang berlaku di dalam mana-mana negara moden. Ia semuanya
berkaitan wang dan penguasaannya.
Rakyat biasa sebenarnya hanya
dijadikan bala tentera untuk berperang oleh politikus dan kapitalis tanpa
menyedari mereka hanyalah alat kepada perjuangan orang lain.
Jika anda memahami hubungan ini,
anda akan dapat merumuskan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara anda, bagaimana
plot-plot politik ini tercipta dan dipersembahkan kepada anda.
Anda fikir anda berjuang untuk
agama, bangsa dan negara anda, tetapi sebenarnya anda hanya dijadikan kuda
tunggangan kapitalis dan politikus.
Politikus sebenarnya hanya
berkhidmat kepada pemodal mereka, bukannya rakyat dan negara. Mereka hanya
mengimbanginya dengan memenuhi sebahagian kehendak agar rakyat tidak bangkit memberontak.
Apabila berbalik kepada politik
Malaysia, anda akan dapat mencantumkan segala misteri selama ini dengan
memahami hubungan kapitalis dan politik ini.
Oleh: AZMAN
HUSSIN
No comments:
Post a Comment