SAYA berasa saya sangat
bodoh apabila menerima keputusan PRU14.
Ketika kempen politik terarah kepada
menjawab dan menerangkan dasar-dasar kerajaan, ia sebaliknya tersasar strategi.
Para pejuang perang saraf dan
propagandis tidak memahami masalah sebenar, maka mereka tidak dapat melawan musuh yang sebenar.
Perang PRU14 sebenarnya adalah perang
persepsi yang penuh emosi yang negatif seperti kebencian, dendam, protes dan tidak puas
hati.
Orang ramai tidak lagi mampu
berfikir secara sihat dan rasional. Diri mereka dikuasai emosi. Masyarakat bertindak
mengikut emosi.
Tentulah rasa bodoh apabila kita cuba
mengingatkan kepada orang-orang Melayu akan bahayanya kedudukan kuasa politik
mereka dalam percaturan politik hari ini, tetapi orang-orang Melayu tidak mahu
lagi mempedulikan perkara itu.
Adalah bodoh kita menerangkan
kebaikan GST untuk ekonomi negara jika orang ramai sebenarnya tidak kisah jika
dikenakan cukai yang lebih tinggi lagi, asalkan kerajaan sedia ada dapat
ditumbangkan. Apa guna diterangkan fakta yang majoriti negara maju mengamalkan
cukai seperti GST dengan kadar yang lebih tinggi berbanding Malaysia.
Kita menerangkan 1MDB secara
rasional bagaimana jika wujud skandal atau tidak di dalamnya, sebaliknya
masyarakat tidak peduli lagi semua itu. 1MDB telah menjadi hantu yang sangat
dibenci. Apabila disebut 1MDB, dalam minda masyarakat ia adalah imej buruk
kerajaan pimpinan Datuk Sri Najib.
Rata-rata menyebut berkenaan harga
barang yang makin mahal dan mereka sendiri sebenarnya sedar itu bukan sepenuhnya
berkaitan dengan kerajaan. Ia dtentukan oleh pasaran.
Kita menerangkannya, tetapi ia
bukanlah masalah sebenar. Ia hanya dijadikan alat-alat untuk menumbangkan
kerajaan.
Penentang-penentang kerajaan sedia
maklum perkara ini.
Jadi, apa guna semua ini. Tidakkah
anda sendiri akan berasa bodoh cuba menerangkannya kepada semua orang,
sedangkan masyarakat tidak mempedulikannya. Malah mereka sebenarnya sedar perkara
ini, mungkin lebih daripada kefahaman kita.
Apa yang ada dalam minda mereka
adalah satu. Kerajaan mesti ditumbangkan. Walau bagaimanapun diterangkan akibat
dan kesannya, ia adalah kerja sia-sia.
Ramai yang memberikan ancaman bahaya
DAP misalnya kepada orang-orang Melayu.
Apa anda fikir jika orang-orang
Melayu sendiri tahu bahaya itu, tetapi
mereka tidak mahu peduli asalkan kerajaan dapat ditumbangkan?
Sebenarnya, semua ini adalah sia-sia
menerangkan kepada yang sudah mengetahuinya.
Apabila kebencian sudah tertanam,
segala tindak-tanduk kerajaan akan dilihat sebagai negatif, prejudis dan buruk.
Sekali pun kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat, ia tidak akan
dipandang baik. Ia akan dikatakan tindakan meraih sokongan politik.
Dalam keadaan ini, kerajaan seperti
terjatuh ke dalam pasir jerlus. Semakin ia cuba bergerak untuk keluar, gerakan
itu akan menyebabkannya makin tenggelam ke dalam.
Jadi, kenapa kerajaan begitu mahu
dijatuhkan?
Ia sebenarnya adalah politik
kebencian yang sudah ditanam bertahun-tahun dalam minda masyarakat.
Negara ini sebenarnya sedang dilimpahi
kemewahan dan kemakmuran. Keadaan ini menjebakkan masyarakat ke dalam suasana hedonistic,
materialistic dan individualistic.
Dengan terbukanya kebebasan bersuara
dengan terhapusnya ISA, wujudnya media-media sosial, kebebasan berhimpunan,
keadaan ini semakin rumit.
Keadaan ini telah menyebabkan
pemikiran masyarakat menjadi kelam-kabut dengan pelbagai maklumat dan pandangan
yang tidak pasti. Masyarakat akan terkeliru dengan semua yang diperkatakan oleh
orang lain.
Kebenaran tidak dapat ditegakkan
lagi kerana kepalsuan dan fitnah yang diulang-ulang akan dipercayai sebagai
benar.
Mereka yang marah dan dihasut akan
terus bersuara dan berteriak. Jika ada yang cuba menerangkannya, ia seperti air
di daun keladi. Ia tidak akan melekat.
Persepsi telah dianggap benar.
Misalnya, isteri Perdana Menteri
dikatakan telah mengawal Perdana Menteri, hidup mewah dan mengambil kekayaan
negara.
Tidak ada sesiapa pun sebenarnya
dapat mengesahkan perkara ini. Ia hanya cakap-cakap yang dipercayai benar. Jika
ditanya, tidak ada sesiapa yang boleh membenarkannya.
Sekali pun isteri Perdana Menteri
kelihatan mewah dan bergaya, menukar kerajaan tidak dapat mengubah perkara ini.
Maksudnya, isteri Perdana Menteri baru pun tidak dapat dihalang berkelakuan
seperti itu. Mungkin minat mereka sahaja yang berbeza.
Pertukaran kerajaan tidak akan
meletakkan undang-undang baru yang mengawal keadaan ini. Bahkan, kerajaan baru
mungkin akan menaikkan gaji ahli-ahli parlimen dan adun-adun.
Jadi, pembangkang dalam keadaan
begini tidak memerlukan kerja-kerja keras untuk menumbangkan kerajaan.
Mereka hanya perlu mengadu-domba,
menghasut dan menyebarkan hal-hal buruk kerajaan supaya emosi rakyat terus
dalam keadaan marah dan tidak dapat berfikir dengan waras.
Katakanlah Tun Dr Mahathir yang
mengetuai PH melawan Barisan Nasional menggantikan Datuk Sri Najib, beliau juga
tidak dapat menahan gejolak marah rakyat Malaysia ini.
Ia adalah soal siapa yang mengetuai
kerajaan. Sesiapa pun juga, ia akan ditentang dan diberikan imej yang sangat
buruk.
Dalam keadaan begini, ia tidak boleh
disekat dan dilawan lagi. Biarkan ia mengalir dan mengubah Malaysia sebagaimana
ia telah terjadi pada 9 Mei yang lalu.
Selepas itu rakyat Malaysia akan
kembali berfikir, kenapa mereka melakukan semua itu.
Oleh: AZMAN
HUSSIN
Jatuh bangunnya kerajaan dan kepimpinan adalah dari mandat dan kuasa rakyat.
ReplyDelete