SYRIA @SYAM


KONFLIK di Syria adalah antara fitnah akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw.
            Syam suatu masa dahulu adalah sebuah negara atau jajahan yang luas. Sekarang Syam telah terpecah kepada empat buah negara moden, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria. Sekarang Syria diperintah oleh regim zalim Bashar al-Assad. Negara itu sedang bergolak. Presidennya, Bashar al-Assad sedang menghadapi pemberontakan rakyatnya sendiri.
            Dan Syria juga termasuk dalam pelan asal negara Israel Raya yang dijanjikan tuhan Yahweh dalam kitab Taurat versi Yahudi.
            Melalui media elektronik antarabangsa, dunia telah diperlihatkan dengan berita-berita kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya sendiri. Adakah kita harus menerimanya tanpa menyelidik berita-berita dari media kuffar ini? Malah dikatakan Bashar al-Assad telah meminta disembah sebagai tuhan oleh pengikutnya, dan tidak mahukah kita berfikir seketika, bertanya sejenak, apakah maksud semua kebaikan-kebaikan media kuffar dalam melaporkan hal ini. Adakah semua ini hanya untuk menaikkan kemarahan umat Islam sedunia dan menghalalkan operasi ketenteraan ke atas Syria? Kita tidak boleh berhenti menyelidik setakat sampai kepada kesimpulan sama ada ia benar atau tidak. Tetapi, sehingga kepada tujuan ia disebarkan. Ya, adakah media-media kuffar telah memaparkan kebenaran dengan tujuan bathil?
             Umat Islam telah diperlihatkan berita-berita dan gambar kekejaman regim Bashar al-Assad. Melalui rangkaian-rangkaian sosial, sebaran dan propaganda tersembunyi mereka lebih luas dan lebih cepat bergerak ke seluruh dunia. Bashar al-Assad telah dikutuk melebihi kita mengutuk kekejaman perdana menteri negara haram Israel yang membunuh rakyat Palestin sejak bertahun-tahun dahulu.
            Sebenarnya (seolah-olah) ada tangan-tangan ghaib yang mengatur semua ini. Tangan-tangan ghaib yang mahu menghancurkan pemerintahan orde lama untuk digantikan pemerintahan orde baru yang boleh dikawal dari Bukit Zion.
            Selepas pemerintah Iraq ditumbangkan melalui operasi ketenteraan atas tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD), Afghanistan dibom atas alasan melindungi Osama Ben Laden yang disyaki terlibat dalam pengeboman WTC, kemudian kepada siri revolusi rakyat di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya atas hujah menentang pemerintah zalim, maka kini misi mereka seterusnya adalah menuju Syria, sebuah negara berfahaman Syiah yang sedia dimusuhi negara-negara Sunni.
            Ulama dan pemimpin-pemimpin negara Islam dunia tanpa sedar telah ditipu dan tertipu dalam konflik Syria ini. Mereka telah diperalatkan untuk menghalalkan tindakan menyerang Syria atas dasar jihad agama di mata awam, walaupun tujuan sebenar perang itu dilancarkan adalah penguasaan kuasa asing ke atas Syria, seterusnya ke atas dunia ini, melengkapi cita-cita New World Order (Novus Ordo Seclorum). Bahkan ulama dan cendikiawan Islam telah dihantar ke seluruh dunia untuk menerangkan rasionalnya Syria diserang.
            Konflik di Syria bukanlah isu agama sebenarnya, walaupun yang diperlihatkan media-media kuffar adalah kekejaman Syiah kepada Sunni, pembunuhan Syiah ke atas Sunni, kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya. Tangan-tangan ghaib itu mengatur konflik ini supaya tangan mereka bersih dan tujuan sebenar mereka tidak diketahui. Benar, Bashar al-Assad itu zalim dan membunuh ulama, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Mengakui Bashar al-Assad zalim dan kuffar, tidaklah menghalalkan negara-negara Islam lain menyerang dan menjatuhkannya secara ketenteraan, kerana mudarat yang lebih besar akan berlaku. Konflik Syria sebenarnya adalah salah satu fitnah. Ramai yang akan tertipu dalam konflik ini, termasuk ulama-ulama dunia yang menyokong serangan ke atas Syria.
            Kuasa-kuasa asing yang tersembunyi dan rahsia ini menggunakan konsep berperang dengan menggunakan askar-askar musuh sendiri.
            Ke manakah menujunya konflik ini? Tidak mustahil selepas ini kuasa-kuasa besar yang tersembunyi tadi melalui NATO akan menyerang Syria tanpa menimbulkan kemarahan dan tentangan dunia amnya, dan umat Islam khasnya. Kemudian mereka akan menabalkan pemerintah boneka seperti di Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya. Malah negara-negara Islam lain juga, misalnya Arab Saudi yang sedang bersiap-siaga, turut akan menyertai NATO menyerang Syria sehingga dunia akan terjebak ke dalam malapetaka fitnah yang besar, seperti tertipu menjadi bala tentera Dajjal.
            Konflik ini mungkin akan melebar dan membesar menjadi seperti khayalan perang Armageddon yang direncanakan. China, Russia dan Iran mungkin akan menyebelahi Syria. Dan umat Islam belahan Sunni mungkin akan menyertai Amerika dan pakatannya yang sebenarnya di bawah telunjuk Yahudi Zionis. Ini mungkin perang Armageddon yang akan dimenangi tentera Romawi yang disertai tentera negara-negara Islam-Sunni yang tidak berjanggut.
            Umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia akan tertipu dengan fitnah ini. Media-media kuffar telah menyebarkan cerita Bashar al-Assad itu zalim dan kuffar yang telah membunuh rakyatnya, dengan maksud agar umat Islam sedunia berasa marah dan bersetuju Bashar al-Assad mesti ditumbangkan. Kepada negara-negara Islam Sunni, mereka mempergunakan sentimen Syiah Bashar al-Assad untuk merasionalkan serangan ke atas Syria.
            Hakikatnya, seperti biasa, kuasa-kuasa asing ini telah mengeksploitasi kezaliman penguasa sesebuah negara untuk mencapai maksud sebenar mereka, iaitu menguasai negara itu. Dan orang awam akan terpedaya apabila melihat kezaliman ini, dan akan menyokong jika penguasa itu dijatuhkan. Walhal semua ini adalah jalan-jalan menuju kepada New World Order. Kuasa-kuasa asing ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan tunggal yang baru di dunia ini.

Comments

  1. Salam...next time kalau nk buat artikel kena details..bagi bukti yg sahih..jgn duk ulang ayat yg sama..tq

    ReplyDelete
  2. nmpk ko ni cam pengikut syiah je?bukti tarak..noob..

    ReplyDelete
  3. Salam Anonymous ! Saya rasa awak ni penulis juga. Pandai dalam menilai artikel orang, itu lah sifat penulis. Tapi saya tak berkenan cara awak komen artikel orang lain, sepatutnya membina bukan menghina. Jgn suka tuduh orang yg bukan2. Klu awak kata penulis ni pengikut Syiah, seolah2 awak mengatakan dia termasuk dalam golongan terkeluar dari Islam (mengikut fahaman Sunnah) atau lebih tepat lagi mengatakannya KAFIR. Jgn berselindung disebalik nama Anonymous tu. Itu tandanya orang yg tak berani berhadapan dan hanya berani mengata orang dari balik tabir. Ubahlah sikap dan pandangan pada orang lain di masa akan datang. Allahualam.

    ReplyDelete
  4. syiah itu hanya kambing hitam,fahami apa dia syiah dan anda akan tahu apa agenda mereka..Penaklukan...syria bukan tempat terakhir syiah laknatullah ni nak takluk..tapi,mekah adalah tempat terakhir mereka nak takluk...nak bukti? sila kaji 5 rukun dalam syiah dan apa yg telah di bina di iraq setelah syiah dapat tawan negara iraq..
    negara barat(NATO) tidak lain tidak bukan akan menjadi seperti hero untuk menyelamat..walhal,merekalah yg akan menghancurkan semua..
    tahu kenapa kafir2 ni membunuh kanak2 dan wanita sunni??? sebab mereka takut akan kelahiran imam al-mahdi..
    tahu kenapa imam mahdi akan di baiah di mekah waktu musim haji dan ketika itu akan datang panji hitam yg akan membunuh sebilangan ARAB yg merebut KA'ABAH..itulah dia puak SYIAH..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment